Saturday 2 March 2013

Wanita Dan Kecantikan



Wanita muslimah
tidak terpengaruh dengan keduniaan
tidak terikut dunia fesyen kebaratan
yang mendedahkan aurat dan kecantikan

kerana engkau sedar 
tanggungjawabmu terhadap agama 
kerana engkau sedar, itulah aset yang berharga buat 
kebahagian suami dan rumah tangga

Wanita muslimah
tidak terikut dunia fesyen kebaratan
tidak hanyut dalam dunia
kecantikan dan hiburan
yang berpakaian senteng
buat tatapan mata lelaki

Yang berseluar ketat 
buat sasaran panahan syaitan
yang mewarnakan rambut
untuk menonjolkan diri
kerana engkau sedar,
kecantikanmu bukan
untuk diberi percuma
kerana engkau sedar
kecantikan tubuhmu khas 
buat lelaki lelaki bernama suami sahaja

Wanita muslimah 
tidak alpa dengan batas-batas agama
tidak hanyut dalam dunia
kecantikan dan hiburan
yang memberi kepuasan 
kepada lelaki durjana
yang mengenyangkan nafsu
setiap mata galak memandang

Kerana engkau sedar
mengapa semua itu perlu diberi percumaa??
lalu apa yang tinggal
untuk bakal suamimu??

Wanita muslimah
tidak memberi percuma
perkara yang haram
mempamer kecantikan
kepada yang berhak sahaja
kerana engkau sedar
agama dan TUHAN lebih utama
bukan fesyen kebaratan
juga kecantikan sementara

kerana engkau sedar
bahawa fesyen dan kecantikan
wanita muslimah lagi tinggi nilainya
berlandaskan agama
lebih indah dan manis rasanya
kerana matlamat kita adalah SYURGA
yang KEKAL ABADIIIII....!!!!


*..hanya sekadar peringatan untuk semua muslimah
 termasuk diriku yang serba kekurangan ini..*




No comments:

Post a Comment

thanks comment here !