Monday 20 May 2013

Cinta Ukasyah


"Jangan tinggalkan kami Ya Rasulullah,kami ingin bersamamu Ya Rasulullah,"
Jawab Rasulullah : "siapa yang mencintaiku,akan bersamaku sentiasa".


             Sehinggakan ada antara sahabat sahabat yang tidak pulang ke rumah apabila mengetahui Rasulullah sedang sakit.Lalu Saidina Umar berpakat dengan Saidina Abu Bakar untuk bertemu Rasulullah lalu mereka berkata,"Ya Rasulullah semakin hari semakin ramai orang datang ke masjid untuk mengetahui perkhabaran serta keadaan mu Ya Rasulullah.Masing masing sudah tidak pulang ke rumah semata mata ingin mengetahui keadaan mu Ya Rasulullah,boleh tak Rasulullah,kamu keluar sekejap dan beritahu tentang keadaan dirimu Ya Rasulullah.Selepas daripa itu kamu masuk lah semula Ya Rasulullah".
Lalu Rasulullah menyebut,"kamu tak tengok ke keadaan aku sekarang?aku tak larat untuk bangun,"
Kata Saidina Umar dan Saidina Abu Bakr,"kami papah kamu Ya Rasulullah".
Lalu Saidina Umar memapah Rasulullah disebelah kiri manakala Saidina Abu Bakr memapah disebelah kanan.

              Apabila Rasulullah keluar,lalu Rasulullah membuat ucapan, "sahabat sahabat,boleh jadi inilah kali terakhir aku bersama kalian "
Rasulullah terus menerus memberi ucapan.Pada akhir ucapan baginda,Rasulullah menyebut, "siapa dikalangan kamu yang aku pernah berhutang,atau aku pernah menyinggung hati kamu,?tolong sebut sekarang kerana aku tak nak menyebut di hadapan Allah dalam keadaan aku ini masih lagi berhutang dengan kamu wahai sahabat sahabat,".

              Sahabat sahabat semua tunduk,tiada seorang pun yang bangun.Tiba tiba ada seorang sahabat yang namanya Ukasyah bin Mikhson.Ukasyah mengangkat tangan."Saya Ya Rasulullah,saya Ya Rasulullah,"katanya Ukasyah.Rasulullah memandang dan berkata,"kenapa dengan kamu wahai Ukasyah?"
"Kamu ada hutang dengan saya wahai Rasulullah,"Ukasyah menjawab.
Lalu Rasulullah berkata,"apa hutang aku dengan mu wahai Ukasyah,?".
Ukasyah berkata,"kamu pernah mencucuk perut aku dengan kayu sugi mu wahai Rasulullah.Kayu sugi kamu,kamu cucuk diperut saya wahai Rasulullah,"
"Bila wahai Ukasyah,"tanya Rasulullah.
"Satu ketika aku sembahyang dengan kamu,aku terkedepan sikit,kamu tengok saf aku terkedepan,kamu ambil kayu sugi mu,kamu cucuk perut aku wahai Rasulullah,"Ukasyah menjawab dengan suara yang nyaring.
Lalu Rasulullah berkata,"kamu terasa hati ke wahai Ukasyah?"
"Ya,aku terasa hati dengan perbuatan mu itu wahai Rasulullah,"Ukasyah membalas.
"Oleh itu apa yang harus aku buat,?"kata Rasulullah dengan suara yang amat lembut.
"Aku ingin cucuk kayu sugi di perut mu wahai Rasulullah,"

               Sahabat sahabat yang berada di situ semua bangun,"Wahai Ukasyah,kamu nak balas pada Rasulullah?Rasulullah sedang sakit,"
Sahabat sahabat yang lain bangun,"kamu tak nampak ke wahai Ukasyah Rasulullah sedang sakit?balaslah kepada kami.Kami sedia menjadi barang ganti kepada Rasulullah,"sahabat merayu rayu kepada Ukasyah.
Apabila sahabat sahabat berkata begitu,Ukasyah melontarkan kata katanya,"Diam semua!!diam semua!sekarang Rasulullah yang buat salah terhadap aku,aku nak ta'zir dengan Rasulullah,bukan kamu semua yang buat salah terhadap aku,"
Lalu kata Rasulullah,"Sahabat sahabat memang benar,aku pernah mencucuk ke perut Ukasyah,aku tak tahu Ukasayah terasa hati dengan perbuatan aku,"
"Wahai Ukasyah,sekarang balaslah kepada aku,"kata baginda.
Semua sahabat sahabat terdiam.

               "Ya Rasulullah depa tangan mu,".Rasulullah mula mendepa tangannya.Apabila Rasulullah depa tangan,lalu Ukasyah berkata,"wahai Rasulullah,waktu mana engkau mencucuk perut aku,butang baju aku terbuka,kamu buka butang baju mu Ya Rasulullah,"
Tatkala Rasulullah membuka baju serta mendepakan tangan,Ukasyah terus menerpa perut Rasulullah.Dia cium perut Rasulullah.Dia menangis teresak esak di perut Rasulullah.Dia menangis sambil menyebut, "Wahai Rasulullah aku tidak berniat pun nak menyinggung hati kamu,aku cium diperut mu ini wahai Rasulullah kerana  aku nak bagitahu kepada kamu wahai Rasulullah agar neraka mengenali muka aku yang pernah mencium perut mu ya Rasulullah.Apabila Ukasyah pegang sahaja perut Rasulullah,Rasulullah menurun ke bawah.
"Wahai Rasulullah jangan tinggalkan kami,jangan tinggalkan kami,"

                Rasulullah mencium di umbun umbun kepala Ukasyah lau baginda menyebut, "wahai Ukasyah,orang yang mencintai seseorang dia akan bersama dengan siapa yang dia cinta di atas dunia ini,"
"Kalau kamu tetap cintakan aku,kamu tetap akan bersama aku,"
Sehinggalah pada waktu dan masa wafatnya baginda.Saat yang pilu bagi seorang pejuang Islam untuk menerimanya.Apabila sebut sahaja Rasulullah wafat,orang yang tadi penyanyang terhadap Rasulullah,berubah sehinggakan hampir hilang akal.
Saidina Umar menyebut,
"jangan seseorang pun menyebut Rasulullah wafat,Rasulullah tidak wafat,Rasulullah bagaikan nabi Isa yang dinaikkan oleh Allah ke langit dan nabi Muhammad pun sedemikian.Barang siapa yang menyebut Rasulullah wafat,dia boleh tengok kepala dia terpenggal daripa jasad,"
Dalam keadaan begini,sahabat sahabat mencuit Saidina Abu Bakr agar membuat sesuatu yang boleh menyelamatkan keadaan Saidina Umar.

                   Lalu Saidina Abu Bakr naik ke mimbar."Wahai manusia semua,barang siapa yang menyembah Muhammad,Muhammad sudah mati,barang siapa yang menyembah Allah,Allah itu hidup dan tidak akan mati.Muhammad tidak lain kecuali rasul,dan dia telah di dahulu sebelum dia menjadi rasul,"
Terdengar sahaja ayat sedemikian,tersungkur Saidina Umar lalu menyebut, "Rasulullah sudah wafat,rasulullah sudah wafat,aku baru terasa ayat ini seolah olah baru turun dan aku tak sedar patah patah yang keluar daripada mulut aku kalimah kalimah sedemikian..



Sunday 19 May 2013

Bulan Rejab




Kelebihannya 

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
Kemuliaan Rejab dgn mlm Israk Mikrajnya.
Mlm awal Rejab, mustajab doanya. ( dlm kitab Raudhoh Iman Nawawi)
Kata Saidina Ali :
- puasa Rejab 13 hari = puasa 3 ribu thn
- puasa Rejab 14 hari = puasa 10 ribu thn
- puasa Rejab 15 hari = puasa 100 ribu thn
Bulan Rejab Syahrullah ( Bulan ALLAH ), diampunkan dosa org-org yg meminta ampun & bertaubat kpd ALLAH. Puasa bulan Rejabwajib baginya :
·         Diampunkan dosanya yang lalu
·         Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal
·         Terlepas dari dahaga di hari kiamat









Nikah Awal Adalah Terbaik..!!!!



Antara kata-kata dan pesanan oleh Ustaz Azhar Idrus ialah:

* Jangan pikat wanita kalau anda tak bersedia cintakan dia.

* Jangan buat wanita tu jatuh cinta kalau anda tak cintakan dia.

* Jangan memberi wanita harapan kalau anda tidak pasti.

* jangan sakitkan hati wanita kalau anda tiada hati untuknya.

* Jangan mainkan perasaan wanita kalau anda tiada perasaan untuknya.

* HARAM jika jadikan wanita itu kekasih tetapi tiada niat untuk nikahinya.



tak tahulah kenapa aku rasa nak kahwin... sampikan aku rasa itu adalah trbaik bagi aku dan si dia...
ttpi fmily aku tidak berapa stju dgn keinginan aku..aku sllu brdoa smoga pintu hati kdua ibu bapa dapt menerima bhawa aku igin brkahwin... kekadg aku trfkir ALLAH lmbt mkbulkn doa bukn krna DIA tidak sayg kpdku..ttpi DIA mmpunyi perancangan yg trbaik untuk aku... Sebaik-baik perancang adalah ALLAH S.W.T... 




Friday 17 May 2013

Sahabat Selamanya


Persahabatan itu ibarat
sekotak crayon,
Masing-masing punya warna 
yang berbeda,
Tapi kalau kita padukan,
Mereka akan membentu satu 
pelangi yang indah.

Ayong,alang, kak chik, ude n anje rndunye ngan korg sume... rindu time SPM di Maahad dlu.. kita bagaikan adik-beradik.. ssah senag sme2.. time angah sakit.. sume tke cre ngan angah.. suap angah makan...bg angah makan ubat... mcm2 la... :'(  korg igt x...stiap malam kte bce yasin sme2...pas tu klu bsok ade exam kte stdy sme2.. mne yg x fhm kte tye.. wlupon sekrg kte brpish tmpt blaja tpi tak brmkne kte puts kwan kn.. :)
kmi 4 org (angah.kak chik,anje & ude) di USIM pon jarang jmpe..msg2 dh bz... time kt Maahad dlu.. klu time x de exam pagi2 kte dh joging kat kmpg asahan kn... sronk sgt dpt jlan2 kt kmpg.. time tu ude x ikut..sbb die nk hbiskn novel yg die bace...ntah pe la sronk sgt ngan novel tu.. hehehe 

gambar yang kt bwah ni time joging di kmpg asahan gemencheh... ^_*


   dari kanan ayong, kak chik, angah & anje


ni alang & anje.. Omey angat2..hehe


ayong & angah..ayu nyeee... ngeeee


borak ape tu haa??? rancak nmpk nye...hehehe


wow anje nyeeee...rock lak aiii.hehehe


haaa..yang tudug htam ni la ude... omey kn??? hehehe


uhibbukumfillah... love u all so muchhhhh..
smoga ukhwah kita kekal selamanye...
ukhwahfillahabadanabada..!!!!